🌀 Usia 10 tahun menamatkan hapalan Al-Quran 30 juz'
🌀 Usia 11 tahun mula mempelajari kesemua tujuh cara bacaan (Qiraat).
🌀 Pakar dalam ilmu tajwid, makhroj huruf, waqof ibtida' dan alunan suara mengikut kesesuaian mafhum ayat.
🌀 Imam dan qori resmi Masjid Imam Syafinge dan Masjid Husein (Mesir).
🌀 Qori terkenal menjadi panutan jutaan penggemar di seluruh dunia dengan keunikan suara yang nyaring dan lembut serta kehebatan memiliki nafas yang landung ketika mengalunkan bacaan Al-Quran.
🌀 Satu-satunya Qari yang menjadi johan tiga pertandingan Qari sedunia pada awal 1970'an.
🌀 Merupakan Hafiz pertama melancarkan rakaman album bacaan Al-Quran.
🌀 Pada tahun 1951, penjualan radio di pasaran meningkat secara mendadak dan terdapat di kebanyakan rumah penduduk kerana mereka meminati alunan bacaan Al-Quran Syeikh Abdul Basit.
🌀 Bacaannya diperdengarkan di masjid-masjid terkenal dunia seperti:
🔸Masjidil Haram (Mekah)
🔸Masjid Nabawi (Madinah)
🔸Masjid Al-Aqsa di Yerusalem (Palestin)
🔸Masjid Ibrahimi di Hebron (Palestin)
🔸Masjid Umayyah (Damsyik)
🔸Masjid paling terkenal di Asia, Afrika, Amerika, Perancis, London dan India.
🌀 Mendapat Pingat penghormatan daripada:
🔸Perdana Menteri Syria (1959)
🔸Kerajaan Malaysia (1965)
🔸Presiden Senegal (1975)
🔸Kerajaan Pakistan (1980)
🔸Presiden Pakistan (1984)
🔸Presiden Mesir (1987)
🌀 Digelar "Suara Mekah" dan "Tekak Emas".
🌀 Berkhidmat dengan Al-Quran sepenuh hidupnya (10 - 61 tahun) dan bacaan terakhirnya pada 18 November 1988.
🌀 Wafat: 30 November 1988 (usia 61 tahun) akibat Kencing Manis.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
</div>
0 comments:
Posting Komentar